Kini kami telah membuat keputusan yang dramatik.
Kami sedang membina masa depan PMI berdasarkan produk bebas asap yang merupakan pilihan yang lebih baik berbanding dengan merokok.
Sememangnya, visi kami – semua di PMI – adalah untuk, pada suatu hari nanti, produk-produk ini akan menggantikan rokok.
Kenapa kami melakukannya?
Kerana kami harus...
Kami memahami kehendak jutaan perokok-perokok lelaki dan wanita. Mereka inginkan alternatif yang kurang berbahaya tetapi yang masih memuaskan. Kami akan berikan mereka pilihan tersebut.
Kami mempunyai komitmen kepada kakitangan dan pemegang saham kami. Kami akan memenuhi komitmen ini menerusi visi kejayaan jangka panjang.
Kami mempunyai komitmen kepada masyarakat, dimana mereka mahu kami bertindak secara bertanggungjawab. Dan kami akan menunaikannya dengan mencipta masa depan bebas asap.
...dan kini, kami boleh melakukannya.
Kejayaan dalam perniagaan rokok meberikan kami sumber untuk mengejar visi yang dicita-citakan.
Dengan hasil imaginasi serta ketabahan ribuan individu di PMI, kami telah berjaya menghasilkan produk-produk bebas asap rokok yang canggih dan memuaskan.
Dan kini, ianya telahpun dipasarkan. Jutaan sudah berhenti merokok dan beralih ke produk-produk baru kami, dan ini hanyalah satu permulaan.
Kami sedang membuat pelaburan supaya produk-produk ini akan menjadi ikon Philip Morris di masa hadapan.
Di masa hadapan, PMI akan dikenali sebagai syarikat yang menggantikan rokok dengan portfolio produk-produk revolusi.
Di dalam perubahan masa, kita boleh memilih untuk tidak melakukan apa-apa. Namun, kami telah memilih haluan baharu untuk melakukan sesuatu yang besar.