Mengenai kami
Kami amat komited untuk menjadi satu organisasi dan warga korporat yang baik. Kami berusaha untuk bertanggungjawab terhadap alam sekitar and masyarakat umum. Kami berazam untuk membanteras kegiatan rokok tidak sah. Dan kami bangga untuk menyokong komuniti setempat di mana kami memperolehi tembakau dan di mana kakitangan kami tinggal dan kerja.
Lima daripada 15 jenama utama antarabangsa, merangkumi lebih ~180 pasaran, adalah jenama kami. Ini termasuk Marlboro, jenama nombor satu dunia. Kami mengendalikan 50 kilang.
Produk kami adalah pilihan 150 juta pengguna di seluruh dunia yang memilih untuk merokok dan kami akan sentiasa menawarkan produk-produk yang berkualiti tinggi kepada mereka. Tetapi visi kami untuk perokok bukan terhenti di sini sahaja.
Kami berazam untuk mencapai sesuatu yang amat dramatik – iaitu menggantikan rokok dengan produk-produk bebas asap yang kami hasilkan dan jual.
Itulah sebab kami mempunyai lebih 1,586 saintis, jurutera dan juruteknik yang berusaha untuk menghasilkan alternatif-alternatif kurang berbahaya berbanding dengan rokok di dua pusat Penyelidikan dan Pembangunan di Switzerland dan Singapura.
Ini adalah peralihan terbesar dalam sejarah kami. Dan ini adalah peralihan yang tepat untuk pengguna, syarikat, pemegang-pemegang saham kami, dan masyarakat umum.
Untuk maklumat yang lebih lanjut mengenai cara kami akan mencipta masa depan bebas asap, kami menjemput anda untuk membaca Manifesto kami.