Penyelidikan dan pembangunan saintifik yang canggih
Kami telah menetapkan piawai saintifik yang amat tinggi untuk organisasi kami dan mengalu-alukan kunjungan ke pusat kajian kami untuk meneliti apa yang kami sedang lakukan.
Metodologi dan keputusan kajian kami dikongsi bersama pakar-pakar sains dan pihak-pihak berkuasa melalui penerbitan dalam jurnal sains yang disemak oleh pakar-pakar sains dari luar, perbentangan di persidangan saintifik dan PMIScience.com.
Semua kajian klinikal kami didaftarkan di ClinicalTrials.gov. Kami juga mengalu-alukan pengesahan daripada pakar bebas luaran bagi keputusan saintifik kami.
Penilaian pengurangan risiko
Matlamat kami adalah untuk produk-produk risiko berkurangan (reduced-risk products, RRPs)1 akan menggantikan rokok pada suatu hari nanti. Kami sedang menjalani program penilaian saintifik yang teliti untuk menunjukkan bahawa peralihan kepada RRPs kami akan mengurangkan risiko penyakit lebih ketara berbanding dengan merokok secara beterusan. Penilaian ini menggunakan amalan-amalan toksikologi yang diiktirafkan, serta pendekatan yang berdasarkan Sistem Toksikologi inovatif bagi penilaian risiko.
Ia juga merangkumi keseluruhan spektrum aktiviti-aktiviti dari permulaan awal pembangunan produk ke percubaan klinikal ke pemantauan produk-produk ini apabila ia dipasarkan bagi penilaian jangka panjang ke atas sumbangannya dalam mengurangkan bahaya.
Penemuan kami sehingga kini
Kajian-kajian kami ke atas produk alternatif bebas asap rokok yang paling canggih, Sistem Tembakau yang Dipanaskan (Tobacco Heating System, THS)2, sedang berjalan lancar. Ia menunjukkan THS berpotensi untuk mengurangkan risiko berbahaya berbanding dengan merokok secara berterusan bagi perokok dewasa yang sudah beralih sepenuhnya.
Apabila digunakan dengan cara yang ditetapkan, THS tidak menghasilkan pembakaran atau asap. Berdasarkan ujian-ujian makmal, aerosolnya juga mempunyai tahap konstituen berbahaya dan konstituen yang berpotensi berbahaya yang lebih rendah (harmful and potentially harmful constituent, HPHC) dan ia juga mempunyai kadar toksik yang lebih berkurangan berbanding dengan asap rokok. Tambahan pula, kajian kami telah menunjukkan bahawa ianya berpotensi besar untuk peralihan sepenuhnya kepada THS di kalangan perokok dewasa, serta ada juga sedikit minat yang boleh diabaikan di kalangan mereka yang tidak pernah merokok atau sudah berhenti merokok terhadap THS.
Di samping itu pula, kami amat komited untuk menperolehi pengesahan bebas bagi kajian kami. Kami menerbitkan jurnal-jurnal yang telah disemak oleh pakar-pakar dari luar, menganalisis kajian dari pihak bebas bagi sains kami, dan sudah melancarkan platform crowd-sourcing untuk mengesahkan keputusan kajian kami.
1 Produk-produk Risiko Berkurangan (RRPs) adalah istilah yang digunakan kami untuk merujuk kepada produk-produk yang berisiko berkurangan, berkemungkinan mempunyai risiko berkurangan atau mempunyai potensi untuk mempunyai risiko berkurangan kepada perokok yang beralih kepada produk tersebut berbanding dengan terus merokok.
2 Di luar Amerika Syarikat, THS telah dipasarkan sebagai IQOS.