Satu pendekatan yang wajar untuk kesihatan awam
Dengan jumlah yang sebegitu besar yang memilih untuk merokok, ia adalah wajar bagi mereka untuk ditawarkan alternatif-alternatif yang kurang berbahaya berbanding dengan rokok. Kami sedang membuat pelbagai pelaburan termasuk dalam sumber manusia, masa dan wang untuk menghasilkan alternatif-alternatif yang lebih baik untuk perokok. Innovasi yang akan datang merangkumi empat platform produk yang boleh memenuhi citarasa para perokok dewasa and membantu mereka untuk beralih ke produk-produk baharu ini.
Dalam usaha untuk mencapai visi produk-produk yang kurang berisiko, kami berhasrat untuk melihat langkah-langkah baharu yang mampu memacu peralihan berskala besar secepat mungkin. Kami hanya dapat mencapai manfaat kesihatan awam yang lebih ketara apabila jumlah bilangan besar perokok dewasa bertukar kepada alternatif-alternatif yang kurang berbahaya. Kami yakin, dengan gabungan kepimpinan kerajaan dan inisiatif komersial yang tepat, ia akan memacu usaha-usaha kami untuk mengurangkan kesan kesihatan yang dikaitkan dengan merokok secara lebih ketara.
Masalah pembakaran
Asas ritual merokok adalah mudah: perokok akan menyalakan rokok dan menyedut udara melaluinya untuk beberapa sedutan sehingga daun tembakau dan kertas pengulung rokok dibakar sepenuhnya. Pembakaran ini menghasilkan satu campuran kompleks yang kita kenali sebagai asap. Asap rokok mengandungi rasa daripada campuran tembakau serta nikotin yang wujud secara semulajadi dari daun tembakau. Inilah elemen-elemen yang dinikmati oleh perokok. Walau bagaimanapun, proses pembakaran yang sama juga menghasilkan lebih 6,000 bahan kimia, yang mana 100 daripadanya adalah penyebab yang dikenalpasti atau berpotensi untuk menyebabkan penyakit berkaitan dengan merokok seperti kanser paru-paru, penyakit kardiovaskular dan emfisema.
Melalui penyelidikan and pembangunan yang mengambil masa bertahun-tahun, kami telah berjaya menghasilkan satu kategori produk-produk baharu yang tidak bergantung kepada prinsip pembakaran dan dengan itu, ia tidak menghasilkan asap. Sebaliknya, kami telah menemui beberapa cara untuk menghasilkan wap yang mengandungi nikotin, yang boleh dihisap oleh pengguna, tetapi mempunyai kadar bahan kimia yang berbahaya yang lebih rendah berbanding dengan rokok.
Produk-produk tembakau yang dipanaskan kami berdasarkan prinsip dipanaskan dan bukan dibakar (heat-not-burn), di mana tembakau hanya dipanaskan secukupnya untuk membebaskan nikotin dalam bentuk wap yang penuh rasa. Produk tanpa tembakau kami pula menggunakan cecair nikotin yang diekstrak daripada daun tembakau, di mana setiap satu akan menghasilkan wap nikotin yang penuh rasa, dengan cara yang berbeza. Walaupun ianya tidak bebas daripada risiko, kesemuaan produk-produk baharu ini adalah produk alternatif yang lebih baik daripada merokok – tetapi pilihan terbaik adalah untuk berhenti atau tidak mula merokok.
Peranan nikotin
Nikotin menyebabkan ketagihan dan boleh menjadi toksik apabila diserap atau ditelan dalam dos yang tinggi (melebihi dos yang didapati dengan merokok atau pengunaan vape), dan ia boleh meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah seseorang. Tetapi bertentangan dengan kepercayaan umum, nikotin bukan penyebab bahayanya merokok. Sebaliknya, toksin dan karsinogen di dalam asap tembakau adalah penyebab utama penyakit berkaitan merokok. Nikotin adalah salah satu sebab orang merokok, bersama dengan rasa dan ritual. Oleh itu, untuk perokok beralih kepada alternatif kurang berbahaya, produk-produk tersebut perlu mengandungi nikotin. Itulah sebabnya kami memberi tumpuan dalam menghasilkan produk-produk yang menawarkan wap bernikotin yang penuh rasa – dengan tahap kandungan bahan kimia yang jauh lebih rendah berbanding dengan asap rokok.
Walaupun produk-produk ini adalah alternatif yang lebih baik daripada merokok, pilihan terbaik untuk kesihatan adalah untuk berhenti atau tidak mula merokok. Sesetengah orang – termasuk wanita mengandung atau yang sedang menyusu dan mereka yang berpenyakit jantung, tekanan darah yang sangat tinggi, atau kencing manis – tidak sepatutnya menggunakan produk-produk yang mengandungi nikotin. Kanak-kanak bawah umur tidak menggunakan atau diberi akses kepada produk tembakau atau produk-produk yang mengandungi nikotin.
Permintaan terhadap alternatif-alternatif Kurang Berbahaya
Perokok dewasa serata dunia sedang mencari alternatif-alternatif yang lebih baik daripada rokok, dengan pelbagai pilihan dari segi ritual, rasa dan pengalaman.
Ramai pengguna tahu akan rokok elektronik atau e-rokok yang sudah ada di pasaran selama beberapa tahun. Walaupun produk-produk generasi semasa tidak dapat memenuhi keperluan semua perokok, ianya telah mencapai tahap kejayaan yang memuaskan. Kami sudah pun menjual e-rokok dan kami membuat pelaburan untuk meningkatkan teknologinya.
Kami juga melihat banyak potensi dalam produk tembakau yang dipanaskan. Bagi kategori ini, kami telah melancarkan produk sistem pemanasan tembakau IQOS di bandar-bandar utama di selurah dunia. Jutaan perokok dewasa telah beralih kepada IQOS, dan kami akan terus melancarkannya di lokasi-lokasi yang baharu.
Dengan menawarkan portfolio yang mengandungi pelbagai produk-produk yang berpotensi untuk mengurangkan bahaya, kami percaya kami boleh mengalihkan lebih ramai perokok dengan lebih cepat, sambil meningkatkan kewujudan syarikat kami dalam kategori ini, di samping memberi impak positif terhadap kesihatan awam.
1 Bilano V, Gilmour S, Moffiet T, d'Espaignet ET, Stevens GA, Commar A, Tuyl F, Hudson I, Shibuya K. (2015) Global trends and projections for tobacco use, 1990–2025: an analysis of smoking indicators from the WHO Comprehensive Information Systems for Tobacco Control. Lancet 385:966-76.